Monday 26 September 2022

Teringatku mutiara kata ini

 IF WE ARE NOT UNITED

TREAT ME LIKE THE WIND THAT CAN NOT BE SEEN, 

BUT CAN FEEL THEIR PRESENCE


Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Sebuah Pengorbanan

Salam semua...

Ingin ku bicarakan perihal sebuah pengorbanan...

Sekiranya ingin melakukannya, pastikan seseorang itu benar-benar jujur dan ikhlas bersamamu.

Selama 12 tahun aku mengenali seorang rakan, sahabat dan boleh dikatakan aku cukup akrab dengannya. Banyak pengorbanan yang telah aku lakukan dari semenjak dia belajar sehinggalah dia sudah bekerja. Aku sentiasa memberikan sokongan 100% buatnya. Namun sampai satu saat, aku dipersalahkan dengan satu perkara yang tidak pernah aku lakukan dan tiada niat langsung di hatiku untuk melakukannya. Tuduhannya cukup berat sehingga seluruh kebaikan yang aku telah lakukan dan berikan kepadanya tidak ternampak lagi olehnya. Aku pasrah...hanya kerana dia mempunyai teman baru yang dikenalinya 4 tahun lalu. Habis semua budi baikku hilang begitu sahaja. Aku seolah seperti sampah yang tidak berharga, dibuang begitu sahaja. Tuduhan yang tak mungkin aku dapat maafkan buat masa ini....

Jadi berhati-hatilah, walau sebaik mana mereka yang ada di sekeliling kita, sebanyak mana mereka boleh dipercayai menyimpan segala perkongsian kita, akhirnya bila mencapai kebahagiaan dan kesenangan, kita akan dicampak dan ditinggalkan begitu sahaja.

Aku hanya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. 

Selamat berbahagia buat bekas sahabat yang sudah dapat apa yang dia mahu dalam hidupnya dan memutuskan silaturrahim antara kami dengan sebuah tuduhan yang tidak bisa aku maafkan.

Kan ku ingat sampai akhir hayatku kerana aku sayangkan sahabatku seperti keluargaku sendiri. 
Ketika susah, akulah tempatnya meminta pertolongan, tidak pernah berkira sikitpun dengannya. Terkadang aku sanggup jual barang kemasku untuk membantunya. Aku bukannya sentiasa berada di dalam keselesaan. Ada ketika simpanan aku juga tiris.. Namun aku tak fikir itu semua kerana dia juga banyak membantuku, memberi semangat ketika aku 'down' dan ketika aku memerlukannya. Bukan aku ingin memutuskan hubungan akrab ini tetapi dia yang telah membuat keputusan dengan memberi luka yang cukup dalam di dalam hatiku...Hatiku ini telah dirobek, dicincang dengan sembilu sehabis mahunya dengan TUDUHAN MELULU itu!

Apapun dia buatku seperti pepatah Melayu: 

Seperti kacang lupakan kulit...
Sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi!
#luahanrasa
#semogaAllahmengampunidiriini

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawakuBetapa lemah diriku iniBerat ujian dariMuKupasrahkan semua padaMu
Tuhan, baru kusadarIndah nikmat sehat ituTak pandai aku bersyukurKini ku harapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indahMengalir berzikir di kidung doakuSakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air matakuTeringat semua yang Kau beri untukkuAmpuni khilaf dan salah selama iniYa Ilahi, Muhasabah cintaku
Tuhan, kuatkan akuLindungiku dari putus asaJika ku harus matiPertemukan aku denganMu
Kata-kata cinta terucap indahMengalir berzikir di kidung doakuSakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air matakuTeringat semua yang Kau beri untukkuAmpuni khilaf dan salah selama iniYa Ilahi, Muhasabah cintaku
Kata-kata cinta terucap indahMengalir berzikir di kidung doakuSakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air matakuTeringat semua yang Kau beri untukkuAmpuni khilaf dan salah selama iniYa Ilahi, Muhasabah cintaku





Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU