Sunday 5 February 2012

Dia Kekasih Allah

Salam Maulidur Rasul 1433H

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah 
Kerana dia insan mulia 
Sedangkan diriku insan biasa 

Ku pujuk jua hati dan jiwa 
Meluahkan rasa cinta membara 
Didalam pujian ucapan selawat 
Tanda penghargaan seorang umat 

Selagi upaya ku turuti ajarannya 
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya 
Moga didunia mendapat berkat 
Di akhirat sana beroleh syafaat 

Kerana peribadinya aku terpesona 
Kerana budinya aku jatuh cinta 
Rindu ku padanya tiada terkata 
Nantikanlah daku ditaman syurga 

Sesungguhnya apa yang ku dambakan 
Adalah cinta Allah yang Esa 
Kerana cinta kepada Rasulullah 
Bererti cinta kepada Allah




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU