Sunday 27 November 2011

Awal Muharam yang syahdu...

Salam Maal Hijrah 1433

Hati ni terpanggil2 tuk update blog pada 1 Muharam 1433H ni..
Cuma nak ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433" sahaja buat semua pengunjung blog Bicara Tintaku.  Semoga semua pengunjung blog ini berada di dlm keadaan sihat walafiat.


Semoga kita semua dapat berhijrah kepada yang lebih baik daripada sebelum ini..

Kebanyakn blog dah byk cite psl Tahun Baru kan? Jadi tak payah la aku cite benda yg sama.
sebabnya huhu...
Aku sebnrnya tak berapa sihat dah 3, 4 hr kepala sakit tp mls nk mkn ubt hehe...
Bio la skit tol2 dulu br mkn. kn ubt ada dadah...ti cpt lak reput tulang huhu...
Pastu mcm2  pk, tp byk yg negatif.
Biasalah kan...org kalo x siht mcm2 perkara negatif pk.
Tekak dah mula rasa loya ni...
Bdn pun dah mula pns...
Aku ni selg trdy bgun, aku bgun gak walaupun hoyong...
Selagi aty ni sush mngadap ga latop ni tuk luahkn pa yg terbuku dlm aty yg leh menyesakkan dada...

Sepatutnya di hari ni kita semua apy kan? Tp aku leh sdey lak sepjg hari ni...
Sdey sbb pk mcm2 td tu la...terutama tengah bimbangkan kesihatan seseorg skrg ni.
Nk blk kgpun rs mls nk mngemas baju2..
Esk kalo jd, Insyaallah nk blk kg jmpa bonda tercinta...dah lama aku tak menatap wajah tuanya, hanya mendgr suara shj di kala menelefon utk melepaskan kerinduan.
Hope sakit tak melarat sbb cuaca kt seblh sana tak berapa baik skrg ni..

Cukuplah...dah ilg mood tuk menaip..pale dah mle brdnyut2 kmbali..

Sorry, entry ni agak membosankan.. :(




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 4 November 2011

Eid Adha Al-Mubarak

Apa khabar semua? Mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam maghfirahNya.
Sebentar sahaja rasanya detik waktu berlalu, bagaikan semalam baru kita bersua dengan Aidil Adha Al-Mubarak....tetapi 


Lusa ia bertandang kembali kerana semua umat Islam akan menyambut kedatangannya, pada tanggal 10 Zulhijjah 1432. Kita semua sedia maklum bahawa sejarah Hari Raya Aidil Adha atau disebut juga sebagai Hari Raya Korban adalah berkait rapat dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anak baginda, Nabi Ismail A.S. di dalam meneruskan perjuangan membela agama. Peristiwa ini adalah simbolik kepada ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam menjadi ingatan dan iktibar dalam musim mengerjakan ibadah haji.

Menurut sebuah riwayat, sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Baginda membuat ibadah korban sebanyak 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta ke jalan Allah SWT. Melihat kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan baginda, maka malaikat dan manusia kagum serta kehairanan. Nabi Ibrahim bersabda: "semua yang jadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah jika aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu dia juga akan ku sembelih di jalan Allah dan aku korban dia untuk Allah."

Maksud firman Allah SWT di dalam Surah Asshaaffat, 102:
" Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkatn umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata ; "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Anaknya menjawab; "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar."


Begitu tingginya nilai harga sebuah pengorbanan ke jalan Allah SWT.
Sesungguhnya, di dalam sebuah perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa seorang pejuang.



Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Monday 31 October 2011

Smiling

Whatever happens hold on to these thoughts...


"You are stronger than you can imagine...
braver than you know...
and cared about so much... 
more than words could ever tell...
I'm here for you always..."




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 28 October 2011

SYAITAN SEBENARNYA PENGECUT!!!




TAHUKAH ANDA????

Sebenarnya syaitan itu pengecut dan tidak berani bertindak secara terang-terangan.
Syaitan hanya berani bertindak secara sembunyi-sembunyi dan terhadap insan yang lalai sahaja.
Syaitan amat takut kepada manusia yang berani, iaitu insan yang beriman dan sentiasa berzikir serta bersenjatakan doa.
Syaitan pengecut itu akan mundur menyembunyikan diri apabila ditentang oleh insan yang beriman sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila manusia menyebut nama Allah, ia (syaitan) akan mundur/lari dan apabila manusia lalai, dia akan membisikkan kejahatan."

Jadi sekiranya kita lalai...kembalilah kepada Allah SWT.
Semoga kita dalam kalangan hambaNya yang sentiasa mendapat maghfirah dariNya dan sentiasa berada di atas jalanNya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun.




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 21 October 2011

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 

1. Pemimpin 
2. Lembut 
3. Kemas (Cerewet) 
4. Rajin 
5. Boleh berbincang 
6. Angin 7. Patuh 
8. Bisnes 
9. Glamour 

Contoh: 20 05 1981 
2 + 0 = 2 
Maka kotak pertama adalah 2.. 

Kemudian campurkan kesemua nombor.. 
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 
2 + 6 = 8 
Maka kotak kedua adalah 8.. 

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 
2 + 8 = 10 
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 
1 + 0 = 1 
Maka kotak ketiga ialah 1.. 

hasilnya.. 
2 : Lembut 
8: Bisnes 
1: Pemimpin 

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.. 
 

Acu Cuba Try Test :)
Good Luck!
Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

aku tak dapat menjadi aku










Aku ingin menjadi aku....
Tidak ingin ku jadi yang bukan aku....
Tetapi....
Aku tidak dapat menjadi aku....
Kerana...
Aku mesti jadi yang bukan aku...


Sekali-sekala aku berpeluang menjadi aku...
Aku rasa puas melakukan apa yang aku inginkan...
Tapi bila ketahuan, aku terpaksa memendam rasa..
Aku terpaksa menjadi yang bukan aku kembali...

Sampai bila aku harus begini????
Bilakah lagi aku berpeluang untuk menjadi aku????
Hati menangis tiada siapa yang tahu...


Kerana senyuman sentiasa terukir di bibir...
Kata-kata gurauan sentiasa menceriakan
mereka yang berada di sekelilingku..
Prihatin dan empatiku menghilangkan kegusaran dan kepiluan
yang bertakhta di hati2 mereka..
Kerana aku adalah aku....

Tapi...
bila aku sudah tidak menjadi aku....
Aku tidak mampu lagi...
Dan tidak berdaya lagi...

Aku hanya insan biasa yang punya banyak kelemahan
Aku mohon kepadaMu, Ya Allah
Engkau ampunilah daku di atas segala ketulusanku ini
Kerana salah, bila aku menjadi aku...
Aku dikatakan membelakangi...???

Hanya di Kau Yang Maha Mengetahui
Kesulitan hambaMu ini....
Semoga Engkau bukakan pintu hati....
Aku redha segala2nya...
Kerana jika ia berlaku..
Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik
Buat hambaMu yang dhaif ini...

Ku sujud padaMu
Ya....Rabbi





Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Saturday 15 October 2011

Duhai, Sang Raja!



Wahai Lelaki,

Jika betul kau menyayangi aku seorang wanita,
Bimbing lah aku ke jalan Allah,

Wahai Lelaki ,

Jika betul kau ingin bersamaku ,
Janganlah kau bawa aku ketempat maksiat,
Bawalah aku ke Masjid menambah ilmu,
Untuk kesucian Agama Allah.....

Wahai Lelaki ,

Jika betul kau mengharapkan kesetiaanku,
Janganlah kau membiarkan aku sendirian ,
Mencari kesetiaanmu pula....

Wahai Lelaki,

Kau adalah kaum Adam,
Aku wanita kaum Hawa dari rusuk kirimu,
Kayu yang bengkok perlu diluruskan,
Dengan iman bukannya dengan penghinaan....

Wahai Lelaki,

Lembutku bukan hiasan ,
Lembutku adalah keistimewaan,
Untuk menjadi peneman setiamu,
Dan menjadi surimu sentiasa,

Wahai Lelaki,

Mari bersama ku ,
Untuk membina agama Allah,
Aku lemah tetapi akan kuat ,
Jika kau bersama ku....


Mungkin, bait2 puisi ini memberi seribu makna buat anda semua, wahai Kaum Hawa...yang mengimpikan "Baiti Jannati" ~ Rumahku Syurgaku.


Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Tuesday 20 September 2011

la tahzan...jangan bersedih

Aku tidak pernah melalui peristiwa seteruk ini...

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Monday 5 September 2011

mungkin ini yg terakhir???

GOOD BYE EVERYONE!! NICE TO BE WITH YOU FOR AWHILE...
Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Tuesday 30 August 2011

Air mata Syawal...

Maaf Zahir & Batin
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayahbonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayahbonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah 





Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Wednesday 17 August 2011

Post Menarik! 17 Ramadhan 1432H

Jom! Layannnn.................dialog2 nih..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi niiiee?..


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je




Semoga mendapat manafaat bersama....Selamat Berbuka!!!



bykkan brsabar pada 15 terakhir Ramadhan




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 12 August 2011

Buat Hati Yang Hidup

Renungan bersama di bulan Ramadan:

Berkata Anas ibn Malik r.a bahawa bahawa bumi yang dipijak akan berkata-kata kepada manusia setiap masa dengan beberapa perkataan;


1. Wahai manusia, kamu berusaha meraih rezeki di atas bumi tetapi akhirnya kamu akan berada  
    dalam perutku ( tanah kubur )
2. Wahai manusia, kamu melakukan dosa dan maksiat di atas bumi dan akhirnya kamu akan di 
    azab dalam perutku
3. Wahai manusia, kamu ketawa di atas bumi dan akhirnya kamu akan menangis dalam perutku
4. Wahai manusia, kamu bereseronok di atas bumi dan akhirnya kamu berdukacita dalam perutku
5. Wahai manusia, kamu mengumpul harta yang haram di atas bumi dan akhirnya kamu akan  
    menyesal dalam perutku
6. Wahai manusia, kamu memakan makanan yang haram di atas bumi dan akhirnya kamu akan di 
    makan oleh  ulat-ulat dalam perutku
7. Wahai manusia, kamu berbangga dan angkuh di atas bumi dan akhirnya kamu dihina dalam 
    perutku
8. Wahai manusia, kamu berjalan dengan bangga di atas bumi dan akhirnya kamu akan dihina 
    dalam perutku
9. Wahai manusia, kamu bersama orang ramai dan sanak saudara di atas bumi dan akhirnya kamu 
    akan keseorangan dalam perutku 


    Wahai rakan2 sekalian, demikianlah hakikat perjalanan kita di alam 
    bumi ini.. bumi Allah SWT sedang bercakap dan berbicara dgn kita,
    krn hakikatnya dari tanah manusia dijadikan dan kembali jua ke alam tanah.. 
    Buangkan kejahatan, kesombongan, kemunafikan dan kemaksiatan dari hidup ini... 
    supaya akhirnya bumi yang akan kita diami nanti iaitu alam kubur tidak menyiksa kita
    bahkan menyusahkan kita...


    Perelokkanlah amal, ilmu dan iman. Binalah sebuah pelayaran hidup yang benar agar
    tidak menyimpang dari batas agama Allah SWT...

    Ya Allah, permudahkanlah urusan pelayaran hidup kami,
    semoga kami diberikan jalan keselamatan di alam kubur nanti......




  



Jom koreksi diri kita yang serba kekurangan ini dgn ungkapan di atas dan semoga membawa manfaat buat kita semua...








Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Tadarus Al-Quran Membentuk Keperibadian Seorang Muslim


Alhamdulillah...kita diberi kesempatan lagi oleh Allah SWT utk menjalani ibadah puasa utk hari yg ke 12 pada hari ini. Semoga puasa kita pada hari ini diterima olehNya begitu juga diharapkan dgn puasa2 yg seblm ini...
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).
Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.
Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.
Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah dan hasil tadarus ini juga menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.
Dah mula bertadarus belum? kalau belum masih ada kesempatan lagi utk berbuat demikian.
Marilah sama2 meningkatkan amal di bulan yg mulia ini!


Selamat Berbuka!!!

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Thursday 9 June 2011

Tetap setia di sini





Di kala ini...
Kekadang aku tidak sanggup tuk meneruskan
Ranjau berliku menjaga dirimu
Bermacam sudah aku lakukan
Banyak laluan kesabaran telah aku tempuhi
Bagi memastikan yang terbaik buat dirimu

Firasatku kini....
Mungkin kau ingin terbang bebas
Sudah lama kau tersangkar di sini
Ingin melihat kehidupan di luar sana
Yang menjadi impianmu...
Mungkin itu yang membuatkan
Dirimu mempamerkan sesuatu
Yang bisa menyakitkan hatiku

Melihat dirimu meronta-ronta
Seolah-olah minta dilepaskan
Jiwaku cukup pedih dan pilu...
Aku pasrah jika itu kehendakmu

Sebenarnya aku tidak sanggup
Membiarkan dikau pergi
Engkaulah pendamba kalbuku
Engkaulah penyejuk jiwaku yang tak keruan
Tika dalam keresahan
Tanpa dirimu suatu hari nanti
Tiada lagi tempat untuk aku mengadu
Berkongsi kisah suka dan duka

Tetapi...
Jika dengan membebaskan dirimu
Bisa membuatkan dikau bahagia
dan ia terbaik buatmu
Aku tidak punyai pilihan
Melainkan akur dengan keputusanmu jua
Walaupun hati ini bakal hancur luluh
Bak debu yang berterbangan

Namun...
Andai kau tak mampu bertahan di luar sana
Kembalilah...
Aku tetap akan menerimamu dengan tulus
Sangkar kasih sayang yang ku bina ini
Tak akan ku buang begitu sahaja
Ia akan tetap utuh di sini
Menanti kunjungan darimu setiap detik
Selagi segenap jiwa dan ragaku masih bernafas




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Saturday 21 May 2011

Bila Diri Disayangi


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu

Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Smile At Me







Funny how I fell for you
And the day you caught my eye
And my life have never been the same
Since the day I saw your smile

As you shine above from everyone
You stand out from the crowd
Somehow I can’t find words to say
You’re indescribable

And you sweep me off my feet
Everytime you smile at me, at me, at me, at me…

[Chorus]
You light my way
You always take my breath away
You set me free
When everytime you smile at me

There’s this feeling that I can’t hide
That I couldn’t get enough of you
I can’t deny, I’m mesmerized
By the beauty of your smile

‘Cause you knock me off my seat
Everytime you smile at me, at me, at me, at me…

[Chorus]
You light my way
You always take my breath away
You set me free
When everytime you smile at me
You light my way
You always take my breath away
You set me free
When everytime you smile at me






Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Sunday 15 May 2011

Aku dan Hati



Semua orang ada hati kan? Kalau hati tu mati, boleh ke timbul apa2 perasaan? Pasti tidak kan? Oleh kerana hati ni hidup maka ia perlu difahami. Hati aku ni, bukan calang2 orang boleh fahami kalau tak banyak bersabar. Teruk bebeno ke aku ni? Tak juga....tapi memang susah untuk orang yang kurang kesabaran memahami aku. Bukan aku ni cerewetpun..tapi entahlah kenapa orang sukar untuk memahami aku.

Hanya seorang insan sahaja yang betul2 memahami hati aku dan sanggup melayan aku seadanya...dia buat aku tenang, damai, tenteram.......tapi dia kini sudah pergi meninggalkan aku untuk selama2nya. Andai masa boleh berputar kembali, tak perlu aku mengharapkan yang lain untuk memahami diriku ini....cukuplah dia seorang sahaja. Aku bersemangat dengan adanya dia, yang jika setiap saat aku perlukan dia pasti tidak akan pernah mengecewakan dan menghampakan aku..Ayahandaku yg tercinta...(Al-Fatihah)

Memang betul di kala kita mempunyai masalah atau di dalam apa2 situasi samada suka atau duka kita patut mengadu pada Yang Maha Esa. Itu hubungan kita dengan Allah SWT tapi ada kala kita membutuhkan insan kerana di situ letaknya hubungan sesama insan yang mana ia boleh memberi kita semangat dan sebagainya ketika kita berada di dalam keadaan suka dan duka. Aku tidak cukup kuat walaupun aku ni nampak kuat di kala aku menghadapi dugaan, justeru itu aku membutuhkan seseorang yang kuharap dapat memahami diriku sebagaimana aku boleh memahami dirinya atau orang lain di kala mereka seperti aku.

Sungguh mudahkan? Kalau suka apa yang aku buat...buatlah begitu juga. Bukannya aku nak minta dibina jambatan emas macam Puteri Gunung Ledang. Sesuatu yang agak mustahil dan sukar dilaksanakan.

Mungkin aku ni, agak mudah 'caring' orang lain. Ramai juga dari kalangan pelajar2 ku sendiri yg tiba2 datang kpdku untuk mengadu. Macam2 masalah yg aku dengar dari mereka. Mungkin mereka ni lihat dari sikap aku yg cukup memahami mereka. Kadang2 lebih baik jadi kaunselor dari jadi guru biasa ni hehe...byk juga masalah yg aku dapat selesaikan utk mereka walaupun jd kaunselor yg tak bertauliah! Alhamdulillah semua itu adalah dgn izin Allah SWT.

Tapi aku bukan malaikat? bukan org yg sempurna? aku sendiri juga kadang2 terlibat dgn pelbagai mcm masalah...itulah manusia yg tidak mungkin tidak pasti mempunyai masalah krn itu adalah sebahagian dari ujian Allah SWT terhdp hambaNya. Kadang2 terjatuh dan tersungkur disebabkannya. Jadi akupun memerlukan org yg boleh memahami diriku yg mempunyai hati yg cukup halus sebenarnya...So, sukar ke nak memahami hatiku ini? Plez, 4gv me..

Alamak! Berjiwang la pulak...saje je nak meluahkan..Nobody is perfect! Including me...

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Sunday 10 April 2011

Peritnya hati bila terlibat dalam hal ini


Aku sebenarnya tidak mampu meluahkan apa yang ingin ku luahkan di sini...cukuplah hati ini sahaja yang mengetahuinya.Betapa sukarnya hati aku untuk melalui ini semua. Tapi dengan suatu perkataan, ini semua berlaku adalah disebabkan qadha' dan qadar. Aku teruskan ia dengan berpegang pada kata-kata tersebut....walaupun pada asalnya aku memikirkan mungkin suatu saat nanti akan berlaku sesuatu yang tidak dingini dan aku paling takuti setelah aku menerima semua ini dengan ikhlas. Hal yang ku lalui ini agak abstrak dan pelik, mungkin dalam sejuta ada satu kot. Sukar untuk diterjemahkan menjadi jalinan ayat yang boleh difahami oleh semua orang.Hanya bahasa hati sahaja yang boleh difahami. Walau bagaimanapun, terlibat dengan hal ini beban yang berat menjadi ringan...terima kasih. Aku bukanlah yang terbaik tapi aku akan cuba menjadi yang lebih baik...aku hanyalah manusia biasa yang punyai banyak kelemahan dan akan cuba perbaiki kelemahan itu semampuku.



* Minta maaf, apa yang aku sampaikan ini hanya aku sahaja yang memahami...

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Tuesday 8 March 2011

Hati gembira





Alhamdulillah....
gembiranya rasa, kerana semalam aku dapat balik barang yang sama dengan yang hilang tu.
Tapi yang baru ni lebih 'cute'...hehehe
I love it...
Terima kasih3x...!!!!
Barang itu akan dijaga dengan baik, Insyaallah...
Namun begitu aku takkan melupakan barang yang hilang tu...
walaupun barang yang baru ini lebih cantik...huhuhu
Aku berharap aku akan menemuinya kembali suatu hari nanti..






Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Sunday 6 March 2011

masih mencari...



Hari ni, aku nak cerita sikit...
cerita tentang aku masih mencari-cari satu barang.
suatu barang yang merupakan pemberian yang cukup bermakna dari seseorang yang aku sayangi...
Apa barangnya, tak perlulah aku beritahu...yang pasti ia cukup bermakna...
Aku hanya sempat menatap pemberian itu seketika cuma.
Aku sendiripun pelik bagaimana pemberian tersebut boleh hilang begitu saja.
Sehingga hari ini aku masih mencari-carinya.
Walhal ia patut aku jaga dengan baik...mungkinkah ada hikmah disebalik itu semua???
Hati ini sedih juga sebab kehilangannya cukup misteri...
Walaupun ianya boleh diganti tapi yang pertama itu adalah yang paling bermakna.
Apakah aku tidak layak menjaga sesuatu yang berharga?
Entahlah...maafkan aku kerana kehilangan yang tidak disengajakan itu...
Terima kasih kerana memahami, walaupun aku tahu jauh di sudut hatimu cukup kecewa...
Semoga selepas ini aku lebih berhati-hati lagi.




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 4 February 2011

INSYAALLAH ~ Maher Zain


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu



Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu



Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


Ulang Chorus

~ dptkn lagu di menu halwa telinga

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU