Sunday 27 November 2011

Awal Muharam yang syahdu...

Salam Maal Hijrah 1433

Hati ni terpanggil2 tuk update blog pada 1 Muharam 1433H ni..
Cuma nak ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433" sahaja buat semua pengunjung blog Bicara Tintaku.  Semoga semua pengunjung blog ini berada di dlm keadaan sihat walafiat.


Semoga kita semua dapat berhijrah kepada yang lebih baik daripada sebelum ini..

Kebanyakn blog dah byk cite psl Tahun Baru kan? Jadi tak payah la aku cite benda yg sama.
sebabnya huhu...
Aku sebnrnya tak berapa sihat dah 3, 4 hr kepala sakit tp mls nk mkn ubt hehe...
Bio la skit tol2 dulu br mkn. kn ubt ada dadah...ti cpt lak reput tulang huhu...
Pastu mcm2  pk, tp byk yg negatif.
Biasalah kan...org kalo x siht mcm2 perkara negatif pk.
Tekak dah mula rasa loya ni...
Bdn pun dah mula pns...
Aku ni selg trdy bgun, aku bgun gak walaupun hoyong...
Selagi aty ni sush mngadap ga latop ni tuk luahkn pa yg terbuku dlm aty yg leh menyesakkan dada...

Sepatutnya di hari ni kita semua apy kan? Tp aku leh sdey lak sepjg hari ni...
Sdey sbb pk mcm2 td tu la...terutama tengah bimbangkan kesihatan seseorg skrg ni.
Nk blk kgpun rs mls nk mngemas baju2..
Esk kalo jd, Insyaallah nk blk kg jmpa bonda tercinta...dah lama aku tak menatap wajah tuanya, hanya mendgr suara shj di kala menelefon utk melepaskan kerinduan.
Hope sakit tak melarat sbb cuaca kt seblh sana tak berapa baik skrg ni..

Cukuplah...dah ilg mood tuk menaip..pale dah mle brdnyut2 kmbali..

Sorry, entry ni agak membosankan.. :(




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 4 November 2011

Eid Adha Al-Mubarak

Apa khabar semua? Mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam maghfirahNya.
Sebentar sahaja rasanya detik waktu berlalu, bagaikan semalam baru kita bersua dengan Aidil Adha Al-Mubarak....tetapi 


Lusa ia bertandang kembali kerana semua umat Islam akan menyambut kedatangannya, pada tanggal 10 Zulhijjah 1432. Kita semua sedia maklum bahawa sejarah Hari Raya Aidil Adha atau disebut juga sebagai Hari Raya Korban adalah berkait rapat dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anak baginda, Nabi Ismail A.S. di dalam meneruskan perjuangan membela agama. Peristiwa ini adalah simbolik kepada ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam menjadi ingatan dan iktibar dalam musim mengerjakan ibadah haji.

Menurut sebuah riwayat, sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Baginda membuat ibadah korban sebanyak 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta ke jalan Allah SWT. Melihat kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan baginda, maka malaikat dan manusia kagum serta kehairanan. Nabi Ibrahim bersabda: "semua yang jadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah jika aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu dia juga akan ku sembelih di jalan Allah dan aku korban dia untuk Allah."

Maksud firman Allah SWT di dalam Surah Asshaaffat, 102:
" Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkatn umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata ; "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Anaknya menjawab; "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar."


Begitu tingginya nilai harga sebuah pengorbanan ke jalan Allah SWT.
Sesungguhnya, di dalam sebuah perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa seorang pejuang.



Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU