Wednesday 4 July 2012

Waktu Terbaik Minum Air Masak

Jom...kongsi tips minum air masak ni :)
4 WAKTU TERBAIK UTK MINUM AIR MASAK

Amalkan meminum air masak lebih banyak dari air manis, k.

Kenapa air masak, ek??
Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. 
Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia dapat membakar kalori dalam tubuh. Jadinya, cepat la sikit turun berat badan. Saya ni degil sikit suka sangat minum air sejuk, pada hal memang tahu boleh menaikkan berat badan...dan bahaya juga untuk kesihatan. tol tak?
Tapi lepas ni...boleh la kurangkan sikit ais hehe

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.
Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!
Dah nak masuk Ramadhan ni...dari sekarang dah boleh amalkannya.
Jangan tunggu lama-lama kerana kesihatan amat penting untuk memudahkan kita melaksanakan ibadah dan pekerjaan yang lain.

SELAMAT BERAMAL!!!

(mood: happy :)



teruja di saat ku kehausan hehe





Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

1 comment:

dean said...

betol tuh..sy lebih suka air masak d air manis

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU