Friday 28 October 2011

SYAITAN SEBENARNYA PENGECUT!!!




TAHUKAH ANDA????

Sebenarnya syaitan itu pengecut dan tidak berani bertindak secara terang-terangan.
Syaitan hanya berani bertindak secara sembunyi-sembunyi dan terhadap insan yang lalai sahaja.
Syaitan amat takut kepada manusia yang berani, iaitu insan yang beriman dan sentiasa berzikir serta bersenjatakan doa.
Syaitan pengecut itu akan mundur menyembunyikan diri apabila ditentang oleh insan yang beriman sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila manusia menyebut nama Allah, ia (syaitan) akan mundur/lari dan apabila manusia lalai, dia akan membisikkan kejahatan."

Jadi sekiranya kita lalai...kembalilah kepada Allah SWT.
Semoga kita dalam kalangan hambaNya yang sentiasa mendapat maghfirah dariNya dan sentiasa berada di atas jalanNya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun.




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

1 comment:

dean said...

so..sentiasa ingat Allah

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU