Sunday 10 April 2011

Peritnya hati bila terlibat dalam hal ini


Aku sebenarnya tidak mampu meluahkan apa yang ingin ku luahkan di sini...cukuplah hati ini sahaja yang mengetahuinya.Betapa sukarnya hati aku untuk melalui ini semua. Tapi dengan suatu perkataan, ini semua berlaku adalah disebabkan qadha' dan qadar. Aku teruskan ia dengan berpegang pada kata-kata tersebut....walaupun pada asalnya aku memikirkan mungkin suatu saat nanti akan berlaku sesuatu yang tidak dingini dan aku paling takuti setelah aku menerima semua ini dengan ikhlas. Hal yang ku lalui ini agak abstrak dan pelik, mungkin dalam sejuta ada satu kot. Sukar untuk diterjemahkan menjadi jalinan ayat yang boleh difahami oleh semua orang.Hanya bahasa hati sahaja yang boleh difahami. Walau bagaimanapun, terlibat dengan hal ini beban yang berat menjadi ringan...terima kasih. Aku bukanlah yang terbaik tapi aku akan cuba menjadi yang lebih baik...aku hanyalah manusia biasa yang punyai banyak kelemahan dan akan cuba perbaiki kelemahan itu semampuku.



* Minta maaf, apa yang aku sampaikan ini hanya aku sahaja yang memahami...

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU