Monday 31 October 2011

Smiling

Whatever happens hold on to these thoughts...


"You are stronger than you can imagine...
braver than you know...
and cared about so much... 
more than words could ever tell...
I'm here for you always..."




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 28 October 2011

SYAITAN SEBENARNYA PENGECUT!!!




TAHUKAH ANDA????

Sebenarnya syaitan itu pengecut dan tidak berani bertindak secara terang-terangan.
Syaitan hanya berani bertindak secara sembunyi-sembunyi dan terhadap insan yang lalai sahaja.
Syaitan amat takut kepada manusia yang berani, iaitu insan yang beriman dan sentiasa berzikir serta bersenjatakan doa.
Syaitan pengecut itu akan mundur menyembunyikan diri apabila ditentang oleh insan yang beriman sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila manusia menyebut nama Allah, ia (syaitan) akan mundur/lari dan apabila manusia lalai, dia akan membisikkan kejahatan."

Jadi sekiranya kita lalai...kembalilah kepada Allah SWT.
Semoga kita dalam kalangan hambaNya yang sentiasa mendapat maghfirah dariNya dan sentiasa berada di atas jalanNya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun.




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Friday 21 October 2011

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 

1. Pemimpin 
2. Lembut 
3. Kemas (Cerewet) 
4. Rajin 
5. Boleh berbincang 
6. Angin 7. Patuh 
8. Bisnes 
9. Glamour 

Contoh: 20 05 1981 
2 + 0 = 2 
Maka kotak pertama adalah 2.. 

Kemudian campurkan kesemua nombor.. 
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 
2 + 6 = 8 
Maka kotak kedua adalah 8.. 

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 
2 + 8 = 10 
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 
1 + 0 = 1 
Maka kotak ketiga ialah 1.. 

hasilnya.. 
2 : Lembut 
8: Bisnes 
1: Pemimpin 

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.. 
 

Acu Cuba Try Test :)
Good Luck!
Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

aku tak dapat menjadi aku










Aku ingin menjadi aku....
Tidak ingin ku jadi yang bukan aku....
Tetapi....
Aku tidak dapat menjadi aku....
Kerana...
Aku mesti jadi yang bukan aku...


Sekali-sekala aku berpeluang menjadi aku...
Aku rasa puas melakukan apa yang aku inginkan...
Tapi bila ketahuan, aku terpaksa memendam rasa..
Aku terpaksa menjadi yang bukan aku kembali...

Sampai bila aku harus begini????
Bilakah lagi aku berpeluang untuk menjadi aku????
Hati menangis tiada siapa yang tahu...


Kerana senyuman sentiasa terukir di bibir...
Kata-kata gurauan sentiasa menceriakan
mereka yang berada di sekelilingku..
Prihatin dan empatiku menghilangkan kegusaran dan kepiluan
yang bertakhta di hati2 mereka..
Kerana aku adalah aku....

Tapi...
bila aku sudah tidak menjadi aku....
Aku tidak mampu lagi...
Dan tidak berdaya lagi...

Aku hanya insan biasa yang punya banyak kelemahan
Aku mohon kepadaMu, Ya Allah
Engkau ampunilah daku di atas segala ketulusanku ini
Kerana salah, bila aku menjadi aku...
Aku dikatakan membelakangi...???

Hanya di Kau Yang Maha Mengetahui
Kesulitan hambaMu ini....
Semoga Engkau bukakan pintu hati....
Aku redha segala2nya...
Kerana jika ia berlaku..
Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik
Buat hambaMu yang dhaif ini...

Ku sujud padaMu
Ya....Rabbi





Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Saturday 15 October 2011

Duhai, Sang Raja!



Wahai Lelaki,

Jika betul kau menyayangi aku seorang wanita,
Bimbing lah aku ke jalan Allah,

Wahai Lelaki ,

Jika betul kau ingin bersamaku ,
Janganlah kau bawa aku ketempat maksiat,
Bawalah aku ke Masjid menambah ilmu,
Untuk kesucian Agama Allah.....

Wahai Lelaki ,

Jika betul kau mengharapkan kesetiaanku,
Janganlah kau membiarkan aku sendirian ,
Mencari kesetiaanmu pula....

Wahai Lelaki,

Kau adalah kaum Adam,
Aku wanita kaum Hawa dari rusuk kirimu,
Kayu yang bengkok perlu diluruskan,
Dengan iman bukannya dengan penghinaan....

Wahai Lelaki,

Lembutku bukan hiasan ,
Lembutku adalah keistimewaan,
Untuk menjadi peneman setiamu,
Dan menjadi surimu sentiasa,

Wahai Lelaki,

Mari bersama ku ,
Untuk membina agama Allah,
Aku lemah tetapi akan kuat ,
Jika kau bersama ku....


Mungkin, bait2 puisi ini memberi seribu makna buat anda semua, wahai Kaum Hawa...yang mengimpikan "Baiti Jannati" ~ Rumahku Syurgaku.


Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU