Wednesday 4 July 2012

Waktu Terbaik Minum Air Masak

Jom...kongsi tips minum air masak ni :)
4 WAKTU TERBAIK UTK MINUM AIR MASAK

Amalkan meminum air masak lebih banyak dari air manis, k.

Kenapa air masak, ek??
Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. 
Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia dapat membakar kalori dalam tubuh. Jadinya, cepat la sikit turun berat badan. Saya ni degil sikit suka sangat minum air sejuk, pada hal memang tahu boleh menaikkan berat badan...dan bahaya juga untuk kesihatan. tol tak?
Tapi lepas ni...boleh la kurangkan sikit ais hehe

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.
Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!
Dah nak masuk Ramadhan ni...dari sekarang dah boleh amalkannya.
Jangan tunggu lama-lama kerana kesihatan amat penting untuk memudahkan kita melaksanakan ibadah dan pekerjaan yang lain.

SELAMAT BERAMAL!!!

(mood: happy :)



teruja di saat ku kehausan hehe





Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Saturday 23 June 2012

teman setia anda...

Di kala kita gembira...
Ramai bersama untuk menceriakan lagi suasana tersebut

Di kala teman2 menangis...
Kita selalu berada di sisinya untuk memberi kata2 semangat agar dia tidak bersedih...

Tetapi...
Adakah di kala kita bersedih...
Teman2 kita itu yang turut sama empati dgn keadaan kita?

Mungkin ada...
Tapi mungkin tidak...

Bukan kita mengharapkan balasan di atas apa yang kita korbankan buat mereka
di kala mereka membutuhkan kita...
Tapi tidakkah terasa di hati mereka untuk mengetahui keadaan kita di kala kita sedang bersedih?

Memang manusia ada peliknya...
Kadang2...mereka yg tak pernah kita ambil berat begitu prihatin dgn keadaan kita kan?

Di mana menghilangnya mereka yg selama ini kita ambil berat?
Menunggu dan terus menunggu...
Tetapi mereka tidak pernah muncul bila kita betul2 memerlukannya...

Ayat akhir...kita pasti akan mendgr mereka brkata, mereka sibuk....ada urusan...itu, ini dll
Tapi utk sesaat pun tiada ke?
Nak seribu daya kan?
Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Monday 11 June 2012

tak tahu nak luahkan apa cuma...

aku bukan patong bernyawa yang tidak punyai perasaan...
aku hanya seorang insan biasa yang mempunyai perasaan yang hidup...
sebagaimana lumrahnya insan pasti mempunyai perasaan gembira, suka, duka, tangisan, ketawa, riang dan sebagainya.....
jangan ditahan perasaan2 itu dariku kerana ia adalah fitrah hati manusia jika tidak sengsaralah batinku...

I'm talking to myself again, but it's better this way... 
I'm the only one who understands myself anyway... :'D
if not i'm going crazy haha....

### just utk kurangkn stress :)




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Sunday 27 May 2012

Sabarlah...

Bersabarlah duhai hati di atas segala apa yang berlaku...kerana masa yang berlalu tak mungkin akan kembali lagi...pasrah di atas apa yang telah terjadi walaupun itu bukan kehendakku..
semoga semangatku kuat di dalam mengharungi dugaan ini.



Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT..

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

Sunday 5 February 2012

Dia Kekasih Allah

Salam Maulidur Rasul 1433H

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah 
Kerana dia insan mulia 
Sedangkan diriku insan biasa 

Ku pujuk jua hati dan jiwa 
Meluahkan rasa cinta membara 
Didalam pujian ucapan selawat 
Tanda penghargaan seorang umat 

Selagi upaya ku turuti ajarannya 
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya 
Moga didunia mendapat berkat 
Di akhirat sana beroleh syafaat 

Kerana peribadinya aku terpesona 
Kerana budinya aku jatuh cinta 
Rindu ku padanya tiada terkata 
Nantikanlah daku ditaman syurga 

Sesungguhnya apa yang ku dambakan 
Adalah cinta Allah yang Esa 
Kerana cinta kepada Rasulullah 
Bererti cinta kepada Allah




Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU