Friday 4 November 2011

Eid Adha Al-Mubarak

Apa khabar semua? Mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam maghfirahNya.
Sebentar sahaja rasanya detik waktu berlalu, bagaikan semalam baru kita bersua dengan Aidil Adha Al-Mubarak....tetapi 


Lusa ia bertandang kembali kerana semua umat Islam akan menyambut kedatangannya, pada tanggal 10 Zulhijjah 1432. Kita semua sedia maklum bahawa sejarah Hari Raya Aidil Adha atau disebut juga sebagai Hari Raya Korban adalah berkait rapat dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anak baginda, Nabi Ismail A.S. di dalam meneruskan perjuangan membela agama. Peristiwa ini adalah simbolik kepada ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam menjadi ingatan dan iktibar dalam musim mengerjakan ibadah haji.

Menurut sebuah riwayat, sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Baginda membuat ibadah korban sebanyak 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta ke jalan Allah SWT. Melihat kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan baginda, maka malaikat dan manusia kagum serta kehairanan. Nabi Ibrahim bersabda: "semua yang jadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah jika aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu dia juga akan ku sembelih di jalan Allah dan aku korban dia untuk Allah."

Maksud firman Allah SWT di dalam Surah Asshaaffat, 102:
" Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkatn umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata ; "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Anaknya menjawab; "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar."


Begitu tingginya nilai harga sebuah pengorbanan ke jalan Allah SWT.
Sesungguhnya, di dalam sebuah perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa seorang pejuang.



Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

1 comment:

dean said...

selamat hari raya

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU