Friday 12 August 2011

Buat Hati Yang Hidup

Renungan bersama di bulan Ramadan:

Berkata Anas ibn Malik r.a bahawa bahawa bumi yang dipijak akan berkata-kata kepada manusia setiap masa dengan beberapa perkataan;


1. Wahai manusia, kamu berusaha meraih rezeki di atas bumi tetapi akhirnya kamu akan berada  
    dalam perutku ( tanah kubur )
2. Wahai manusia, kamu melakukan dosa dan maksiat di atas bumi dan akhirnya kamu akan di 
    azab dalam perutku
3. Wahai manusia, kamu ketawa di atas bumi dan akhirnya kamu akan menangis dalam perutku
4. Wahai manusia, kamu bereseronok di atas bumi dan akhirnya kamu berdukacita dalam perutku
5. Wahai manusia, kamu mengumpul harta yang haram di atas bumi dan akhirnya kamu akan  
    menyesal dalam perutku
6. Wahai manusia, kamu memakan makanan yang haram di atas bumi dan akhirnya kamu akan di 
    makan oleh  ulat-ulat dalam perutku
7. Wahai manusia, kamu berbangga dan angkuh di atas bumi dan akhirnya kamu dihina dalam 
    perutku
8. Wahai manusia, kamu berjalan dengan bangga di atas bumi dan akhirnya kamu akan dihina 
    dalam perutku
9. Wahai manusia, kamu bersama orang ramai dan sanak saudara di atas bumi dan akhirnya kamu 
    akan keseorangan dalam perutku 


    Wahai rakan2 sekalian, demikianlah hakikat perjalanan kita di alam 
    bumi ini.. bumi Allah SWT sedang bercakap dan berbicara dgn kita,
    krn hakikatnya dari tanah manusia dijadikan dan kembali jua ke alam tanah.. 
    Buangkan kejahatan, kesombongan, kemunafikan dan kemaksiatan dari hidup ini... 
    supaya akhirnya bumi yang akan kita diami nanti iaitu alam kubur tidak menyiksa kita
    bahkan menyusahkan kita...


    Perelokkanlah amal, ilmu dan iman. Binalah sebuah pelayaran hidup yang benar agar
    tidak menyimpang dari batas agama Allah SWT...

    Ya Allah, permudahkanlah urusan pelayaran hidup kami,
    semoga kami diberikan jalan keselamatan di alam kubur nanti......




  



Jom koreksi diri kita yang serba kekurangan ini dgn ungkapan di atas dan semoga membawa manfaat buat kita semua...








Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

1 comment:

dean said...

semoga idup kita diberkati oleh Allah s.w.t

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU