Friday 12 August 2011

Tadarus Al-Quran Membentuk Keperibadian Seorang Muslim


Alhamdulillah...kita diberi kesempatan lagi oleh Allah SWT utk menjalani ibadah puasa utk hari yg ke 12 pada hari ini. Semoga puasa kita pada hari ini diterima olehNya begitu juga diharapkan dgn puasa2 yg seblm ini...
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).
Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.
Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.
Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah dan hasil tadarus ini juga menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.
Dah mula bertadarus belum? kalau belum masih ada kesempatan lagi utk berbuat demikian.
Marilah sama2 meningkatkan amal di bulan yg mulia ini!


Selamat Berbuka!!!

Terima kasih meluangkan masa membaca Corat Coretku … :) Jumpa lagi pada entry akan datang!!!

1 comment:

dean said...

Mari kita bertadarus..mari2

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BICARA TINTAKU